Sunday, October 23, 2011

Tengah berfikir2 tuk FINAL PROJECT nanti..

   Memandangkan hari ini xdew class(Yeahh!!), diriku memutuskan tuk memikirkan apa yng diriku nak buat untuk assignment Final Project nanti..


   Cadangan pertama groupku ialah nk buat tentang 'Cara Pemasangan Engine Motor',tajuk yg ag menarik bg budak lelaki tp bagi gugurl plak agak kureng berminat..So, tukar kepada tajuk lain plak iaitu 'Tokoh2 Tanah Melayu'..Agak menarik bila fikirkan yg kami akan buat animasi pertarungan antara tokoh2 pejuang Tanah Melayu. Tp bila d fikirkan balik agak susah nk buat tentang sejarah ni, lg mencabar bila nk huraikn tentang tokoh ni dlm presentation nnti..


   So, PK pnya PK..akhirnya kitorang putuskn nak buat tentang Science for Primary School dgn tajuk pilihan 'Pelangi & AlamSemesta'..Jadi harapnya menjadi la hasil kerja kitorang nanti..




Wednesday, October 5, 2011

Tanggal 5 Oct 2011, LUAR BIASA SUGGUH!


      Luar biasa sugguh hari ni, biasanya bila onl9 FB hanya borak2 kosong dgn kawan2 atau d ganggu oleh org2 yg x d kenali yg nk menggatal...Tp ari ni adew seorg hamba Allah yg xd kenali minx pendapat tentang cinta n tnya pengalamn tentag cinta?

Waseh!! Suspen la plak asewnya..siap interbiu2 daku ag..Tp xpew la, bukan menda penting pun..Akanku jawab selagi persoalanya blum menyentuh isu-isu sensitif,ho3...
p/s- Kalu bagi jawapan yg mengandungi unsur2 ke agamaan, asew2 aci x??ha3..

Monday, October 3, 2011

Sejak akhir2 ni, air mataku mudah sgt nk mngalir terutama dgn kisah2 keibubapaan mcm ni..Arghh, menangis lagi!


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

Sedih! mampukah aku menjadi ibu sepertinya?